Follower Blog Remaja Elit

Monday 21 May 2012

Kelebihan Duduk Di RT UITM N9



Assalamualaikum , wuaaa ,actually ni blog kedua FR , FR saja je masukkan kisah ni disini sebab tak nak ganggu blog lagi satu tu , yang lagi satu tu just untuk penulisan yang serius je , http://farizreza.com  (Main Blog) yang entry ni saja je nak suka-suki dengan korang.  Okey baiklah memandangkan FR tak tau nak buat ape malam ni dan lihat ada beberapa kawan-kawan kita di group UITM N9 yang mula bertanya kat wall "Best ke duduk RT ni ? " okey jom FR cerita.

Kelebihan Duduk di RT

  1. Pintu korang dekat dengan pintu utama so , korang paling cepat keluar ke kuliah
  2. Kawasan korang besar , dari pintu , rak kasut sampai ke toilet tu korang punya tau. (Untungla)
  3. Korang Bos dalam rumah , kalo korang nak tido semua kena hormat!! (Tak hormat tarik tinge die ha3)
  4. Korang nak jemur baju senang , silap haribulan kawan-kawan menumpang kat RT korang untuk keringkan baju percayalah
  5. Perabot nak ubah boleh tapi jangan kantul la sikit-sikit boleh la , Budak bilik mane boleh ubah kedudukan ? (Bestla korang , untungla)
  6. Pagi-pagi kalo korang bangun awal korang boleh bukak tingkap dan berkata dengan kuatnya di tingkap korang , " Selamat Pagi Semua !!!!!!!! Tido , tido , tido tu kerja korang " maka ada yang tersedar dari lamunan tido  , lantas reply " Esok ,esok "  (sambung tido balik )
  7. Kipas korang laju , sebab ruang udara korang besar so takdela terpengkap macam kat bilik ruangnya kecik je 
  8. RT jarang berbau tapi bilik senang berbau (kantul keringkan baju dalam bilik hahahaha)
  9. Kalo korang masuk dalam rumah semua orang akan hormat korang , sebab mem besar dah balik so dieorang akan menyilakan korang ke tempat korang. (Segan lettew dah tumpang tempat orang)
  10. Sekali korang marah semua terdiam lalu menguncikan diri di dalam bilik kerana takut (alamak bos dah marah) korang mane boleh kunci pintu, pintu besar je ade keh keh
  11. Bilik air korang yang cop dulu (agak-agak dengar member bukak pintu bilik nak mandi korang cepat-cepat lompat depan pintu bilik air sambil berkata hai awak saya sampai dulu 
Kekurangan

  1. Barang senang hilang kalau letak sepah-sepah (mula la naik notis , siapa yang mencuri barang bla bla bla pulangkan , pulangkan (macam lagu pulangkan tu )  
  2. Tempat korang kotor korang akan di-cop KOTOR!! satu rumah , hahahaha
  3. Korang ada takde kawan selalu perasan ( eh mane kau pegi satu hari nih , pegi pilah tak ajak aku! Kedekut )
  4. Kawan-kawan selalu akan lepak kat RT , ala rilek je 
  5. Nak salin baju susah  , kadang-kadang kena check line clear ke tak nak salin baju nih (aurat , aurat)
  6. Kalo barang hilang korang akan dicari dulu dan kalau barang kena curi korang akan dicari dulu hahahaha
  7. Kawasan korang senang kene saman (budak bilik boleh menyorok dalam bilik sambil kunci , assalamualaikum ade orang tak ?  waalaikumsalam takde la staff die kuar ikut tingkap tadi 
  8. Selalunya kecomelan anda terjejas kerana orang selalu keluar masuk ketika anda tidur dan mamai (nampak la baby face korang yang penuh air liur basi korang tengah tido tuh)
  9. Biasanya kasut member-member akan masuk sampai ke dalam (Korang letak gam gajah kat kasut dia nanti)
  10. Pintu selalu berbunyi krieeekkkkkkk (dan konsenstrasi korang akan terganggu , tapi kalo 3-4 pagi abaikan je bunyi tuh ngeeeee)
  11. Biasanya staff masuk korang tak sempat sorok barang-barang yang perlu lantas surat saman dikeluarkan (Erm dik , ni satu takde sticker , haa ni satu lagi , okey 2 kesalahan ye dik //  member korang dalam bilik sibuk sorokkan barang dan campak keluar tingkap dengan pantasnya jika perlu dan staff pun masuk then dieorang buat macam takde ape berlaku . lalalalalallaa )
  12. Korang takde lampu meja , takde penyidai kesian korang macam orang duduk kat rumah warga asing tuh kena sangkut sane sini sob sob (T_T)
  13. Nak blajar bising sikit so korang kene pergi library (sampai mak cik library kenal ko dah )
Itulah serba sedikit mengenai kehidupan di RT , 

Sumber:  Pengalaman duduk di RT dan pengalaman duduk di bilik serta gelagat member-member di dalam rumah  dan di rumah lain.

Just for happy and fun-fun actually takde ape pun geng duduk RT ni yang penting berbincang baik-baik dan bertolak ansur ya mahupun di RT ataupun bilik (^_^) hope korang boleh hidup dengan aman dan tenteram. 

P/s:  Pastikan pintu depan sentiasa kunci , kalo ade orang ketuk tak bagi salam cakap ni "Password!!!!"  kalo dia diam tuh staff la tu so korang boleh terus duduk di RT dan membuat seperti tiada apa-apa berlaku , lalalalalalalala 

Anda dapat RT?






  
pollcode.com free polls 

Anda dapat RT?


4 comments:

Arina Shamsul said...

hihihi..itulah padanan yang sangat serasi, ada kebaikan dan ada keburukan ..hihi.


oh ya dik, sebenarnya geng segar follower tu,bukan satu segmen,itu adalah group. kalau nak join kena tunggu ada penambahan ahli..ngee..sekarang dah tutup, kamumlewat sehari je...huhu. takpe insyaallah lain kali ada lagi...:)

jangan serik2 ke blog akak ye :)

Remaja Elit said...

yap..setiap apa yang berlaku ade kebaikan dan keburukan

Noor Maizan said...

duk umah sewa jelah nasibku..alahai~

Remaja Elit said...

same la kita

ShareThis