Follower Blog Remaja Elit

Wednesday 30 March 2011

Duduk semeja dengan peminum arak






Soalan

Tugas saya banyak berurusan dengan orang ramai. Biasanya selepas tugasan, ada disediakan jamuan atau makan oleh pihak penganjur. Dalam satu majlis makan malam, saya duduk semeja dengan rakan bukan Islam dan mereka ditawarkan arak manakala air buah bagi yang beragama Islam.

Saya pernah terbaca orang Islam dilarang duduk semeja dengan orang yang minum arak. Bagaimana pula halnya dalam kes seperti saya? Saya rasa tidak sopan jika meminta ditukarkan ke meja lain.



Jawapan :

Dalam hal ini, saya suka membawakan enam golongan yang dilaknat Allah terhadap pengharaman arak iaitu pembuat, penjual, pembawa, pembeli, pelayan dan peminum.

Walaupun golongan yang duduk semeja dengan peminum arak tidak dilaknat, perbuatan itu tidak digalakkan kerana boleh menimbulkan fitnah.

Yang penting, tuan jangan sesekali menyentuh arak walau dipelawa atau diajak rakan semeja dan tidak perlu berpindah ke meja lain demi menjaga kemaslahatan bersama.


yang menyebarkan,


Tuesday 29 March 2011

Nabi Musa a.s. Tampar Malaikat Maut



Sebuah kisah daripada hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa suatu ketika malaikat maut diutus kepada Musa a.s. untuk mengambil rohnya. Sebaik sahaja tiba, Nabi Musa a.s. terus menamparnya (sehingga terkeluar matanya).

Lalu malaikat maut pun kembali semula bertemu dengan Allah seraya berkata: "Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak menginginkan kematian". Allah pun mengembalikan mata malaikat maut seraya berfirman: "Kembalilah dan berkatalah kepada dia agar mletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan. Dari setiap helai rambut yang dapat dilitupi oleh tangannya, maka baginya (umur) satu tahun".

Malaikat maut kembali dan menerangkan kepada Nabi Musa. Baginda bertanya: "Wahai Rabb, setelah itu apa pula?" Allah berfirman: "Kemudian kematian". Nabi Musa berkata: Jikalau begitu aku mahukan kematian sekarang".

Nabi Musa pun meminta kepada Allah agar dibawa mendekati tanah suci, sejauh lemparan batu Kemudian Rasulullah memberitahu: "Jika aku berada di sana, tentu aku tunjukkan kuburnya berhampiran Bukit Pasir Merah". - (Sahih Muslim, No. 2372, Kitab Fadail, Bab keutamaan Nabi Musa a.s.)

Dalam kisah ini timbul dua persoalan. Pertama, adakah malaikat mempunyai wajah yang saama dengan manusia sehingga boleh ditampar hingga terkeluar biji mata? Kedua, perihal Nabi Musa yang dilihat semacam menafikan ajalnya tidak mahu mati.

Mengikut pengajian ilmu tauhid, malaikat merupakan makhluk yang tidak berjisim. Tidak sama seperti manusia. Namun, malaikat boleh menjelma menjadi manusia. Ini disebut oleh Allah dalam Al-Quran, Surah Maryam, ayat 16-19 bahawa malaikat pernah datang kepada Siti Maryam dalam bentuk manusia.

Nabi Musa sebenarnya tidak menafikan ajalnya. Malaikat maut diutskan untuk bertanya, bukan untuk mencabut nyawa. Yakni, malaikat kembali mengadu kepada Allah dengan berkata: "Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak mengingini kematian". Ini bermaksud, dia bertanya kepada Nabi Musa ada bersedia dengan kematian atau tidak.

----------------------------------------------------------------------------------------------
diambil dari solusi....

yang benar,


Monday 28 March 2011

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.



Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

diambil dari page "wanita solehah itu,bidadari syurga" click disebelah kalo nak terbang pergi ke page tersebut....

Yang menyebarkan,

Surat berantai boleh menjejaskan aqidah




Soalan


Saya sering menerima surat berantai yang menyuruh penerima berbuat baik seperti berselawat, bersembahyang, menunaikan zakat dan haji serta sentiasa bertaubat.

Surat itu turut menceritakan mimpi Syeikh Ahmad Maeini (yang didakwa penjaga Makam Nabi Muhammad saw) kononnya beliau bermimpi didatangi Rasulullah yang berkata antara 60,000 orang yang mati, tiada satu pun yang beriman.

Si penerima disuruh mencetak 20 salinan dan dihantarkan kepada 20 orang. Dalam surat itu juga menceritakan ‘kebaikan’ yang diterima bagi orang yang mencetak dan menghantarnya seperti keuntungan dalam perniagaan, dinaikkan pangkat atau menerima anugerah
.
Sebaliknya orang yang tidak mengendahkannya akan ditimpa malang dan mala petaka. Soalan saya:

1.      Siapakah Syeikh Ahmad Maeini? Adakah dia benar-benar wujud?

2.      Benarkah dalam zaman sekarang antara 60,000 orang yang mati, tiada seorang pun yang beriman?

3.      Bolehkah kita mempercayai surat berantai seperti ini dan mencetak serta mengedarkannya bagi mengelak ditimpa bencana?

4.      Surat berantai ini sama seperti SMS berantai yang menyuruh kita menghantar kalimah al-Quran (yang dieja dalam Bahasa Melayu) dengan tujuan sama. Bolehkah kedua-dua ini diabaikan begitu saja?


Jawapan :


Surat berantai atau surat beracun jika dilihat sebagai surat peringatan untuk orang lain supaya tidak lalai akan perintah Allah dan sentiasa melakukan kebaikan, boleh dianggap sebagai jalan dakwah.

Namun, unsur syirik di dalamnya menyebabkan orang yang mempercayainya menjadi sesat. Unsur syirik itu ialah percaya surat itu ada kuasa tersendiri memberi untung pada yang mencetak dan bala pada yang ingkar mencetaknya.

Ia seumpama tangkal yang ada kuasa memberi kebaikan atau malapetaka dan malang. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain memberi kebaikan dan keburukan pada dirinya; ia adalah unsur syirik yang boleh menggugat akidah.

Soal siapa mati dalam iman dan berapa ribu jumlah mereka adalah kuasa Tuhan, tiada keperluan untuk kita mengetahuinya, tetapi lebih baik bersiap untuk mati dalam iman.

Jangan turut serta sebarkan dengan niat mengelak bencana yang bakal menimpa (jika engkar menyebarkannya melalui surat atau SMS) kerana ia mungkin menggugat akidah kita. 


Telefon bimbit mengandungi kalimah Allah





Apakah hukum jika saya membawa telefon bimbit yang mengandungi screen saver tulisan Allah ke dalam tandas?


Jawapan


Berdosa hukumnya membawa sebarang benda yang mengandungi kalimah Allah ke dalam tandas. Oleh itu, anda dinasihatkan menutup (off) telefon bimbit anda semasa ke tandas.


yang menyebarkan,


Sunday 27 March 2011

Mengetahui Jantina Komputer anda

As-salam..

hari ni mungkin post Fariz agak pelik sikit...hehehe.......hari ni Fariz nak kongsi cara mcm mana nak kenal pasti jantina laptop korang...jantina laptop Fariz betina....he3
1. Buka Notepad.
2. copy ayat di bawah dan paste ke dalam notepad :

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

3. Tekan Save . Kemudian tukar Save As kepada All Files

4.Save As : love u.vbs (tajuk notepad)

5. (pastikan korg ingat kat mana korg save menatang uw tadi)

6. Pastiakan volume korg cukup kuat nnt tak denga pulak

7. Close Notepad bila sudah selesai save .Then double click file tadi 
 love u.vbs dan akan dengar suara "i love u."

note: denga betul2 tu suara jantan ke betina he3.......tak taula kalo ada pondan
pastu komen kat bwah jantina ape yg korg miliki...he3

yang sengal,

Friday 25 March 2011

LUASNYA NERAKA ALLAH



 

Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, 

maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah
muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah 
menyuruh

supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,

andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka
itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu
diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke
tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih
bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.
serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat
orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in
bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi

bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam

tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai

mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar
kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan

masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.

masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu
menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg
Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat

===============================================================
note: diimport dari scribd....penulis tiada dinyatakan..Fariz percaya ini org2 yg share kat dalam page tu...terima kasihla kepada yg rajin letak artikel ni kat situ....dapat jugak share Alhamdullilah...

yang ihklas menyebarkan,


Maksud "BYE"


Perkataan "BYE" merupakan

jarum sulit org Kristian... Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba ". Manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di Bawah Naungan Pope(paderi). Jadi foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org Islam yang lain. 

Fariz amik dari FB he3 kire import note la nih che wah....

yang melaksanakan tugas,


Otak lipas mengandungi antibiotik?


Lipas yg dikaitkan dengan yang kotor dan lembab.Namun menurut satu kajian yg dijalankan oleh penyelidik pasca sarjana di Universiti Notthingham,United Kingdom,Simon Lee serangga perosak itu didapati mempunyai sembilan molekul berbeza bagi bakteria sekali gus menjadikannya sebagai serangga yang mempunyai antibiotik yg kuat.

Dalam ujian yg dilakukan terhadap lipas oleh Simon mendapati satu jaringan daripada otak dan sistem saraf serangga tersebut boleh membunuh lebih dari 90 Peratus jangkitan methicillin-resistant staphylococcus aureus (MRSA) dan e-coli 

"kami berharap molekul daripada jaringan ini dapat dikembangkan.Jika berjaya,ia berpotensi menjadi alternatif lain ubat sedia ada untuk melawan bakteria e-coli dan MRSA.

''serangga yg sering hidup dalam persekitaran kotor ini berdepan dengan pelbagai jenis bakteria namun ia memiliki sistem pertahanan yg berupaya bertindak balas terhadap serangan mikroorganisma.

so apalagi??!! pergi la cari lipas pastu makan ubat tu...hahahaha(gurau saja...jgn korg makan pulak)

Cerita fav fariz...oggy and cokroach..he3..best2

yang smart,

Thursday 24 March 2011

Bagaimana nak letak gadget/widget kat blog


As-salam kepada newbie dalam blogger...Fariz harini nak kongsi tentang camana nak pasang widget/gadget and tah ape mende binatang lagi agaknyer....ni toturial yg pertama.....teringat time baru2 buat blog dulu....terkedek2 pasal bende nih...kepada newbie..bende ni akan menjadi perkara yg paling simple kelak...tapi skang korg kne belajar dulu ya........toturial diambil dari blog otai2.......(toturialuntukblog.blogspot.com)

okey...first skali mesti korg tak tau camane nak pasang menatang nama WIDGET/GADGET ni...



Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana hendak meletakkan kod html/javascript bagi sesebuah blog.


1) Login ke dalam blog anda seperti biasa. Kemudian dari 'dashboard', klik 'layout'
untuk template yg
BARU tekan DESIGN.



Bagaimana Letak Kod HTML pada blog



2)Setelah anda klik 'layout', dia akan auto masuk bahagian 'page element'. Kemudian pada 'page element' anda itu, klik pada 'add a gadget'
Bagaimana Letak Kod HTML pada blog



3)Selepas itu anda akan lihat banyak senarai yang ada, cari "HTML/javascript", kemudian klik pada "+"

Bagaimana Letak Kod HTML pada blog


4)Satu paparan kosong akan dibuka, kemudian paste code yang anda mahu letak dalam blog ke dalam ruangan kosong. kemudian tekan "save"
Bagaimana Letak Kod HTML pada blog


5)Siap. Anda boleh lihat hasilnya dengan klik preview. Anda juga boleh mengubah kedudukan code itu dengan hanya drag pada mana² kawasan page element itu.Apabila anda sudah puas hati, klik 'save' untuk kekalkan kedudukan.:).
Bagaimana Letak Kod HTML pada blog


ada banyak lagi gadget2 yg menarik....search seperti yg berikut.......

  • adiwidget.blogspot.com
  • widgetindex.com
ada banyak lagi........luas lagi perjalanan korg dalam blog ni......tapi ingat!!! amik gadget yg perlu je.....YG PERLU SAJA....yg agak2 tak de function......tak yah sumbat dalam blog...nnt pengunjung rimas and serabut.....he3....suggestion Fariz kepada gadget yg perlu


  1. chat box
  2. FB badge
  3. Follow button
  4. blog label(label)
  5. blog archive(senarai post korg)
  6. and gadget2 yg korg rase nak hias2 skit bagi menceriakan suasana pengunjung...tapi ingat jgn melebih sgt..
erm tu je kot....jam ke calendar tak yah kot...kalo kalendar hijrah takpe....macam la komputer semua org tak de jam......erm lagu.....kalo boleh cari yg boleh pause...macam aku tak bape suke sgt kalo blog2 yg ade lagu yg pelik2 n tak sedap....nasyid2 takpe he3......erm blog traffic ke.....visitor counter ke tak payah...mule2 je excited lame2 dah tak heran dah tengok binatang tu...kalo gadget yg boleh show geng2 yg online takpe...slideshow gadget pun tak digalakkan....org dtg nak tengok post bukan nak tengok gamba...ha3...gamba2 tepi tu takpela...tapi jgn bnyak sgt ok.....erm korg set-up la lagi...Fariz suggest je...okey papai as-salam....

: D

yang benar,

Sanggul tinggi trend masa kini


Gambar di atas sekadar hiasan sahaja......

as-salam....pada mulanya Fariz bwat pasal kesalahan wanita dalam mengenakan tudung pada post sebelum ni.....korg carilah kat ARKIB Fariz.....ok.......pastu Fariz tertarik pulak nak sebarkan kat korg pasal fesyen tudung sebegini rupa pulak.....Fariz panggil fesyen "sanggul unta berlenggok2" he3.........fesyen begini haram!! kenapa haram??!! korg bace penjelasan dari website UZTAZ NOR AMIN seperti tertera di bwah.....bace tau.......pastu sebarkan.......



Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanyakan tentang sanggul tinggi yang menjadi trend wanita masa kini. Setelah saya cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan yang timbul dibenak iaitu apakah hukumnya... saya menjadi keliru kerana ada yang menberikan pendapat yang berbeza berdasarkan sebuah hadis iaitu

Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Ada yang menyatakan seperti ini...

Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.

dan pendapat lain adalah seperti berikut

Ulama' Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya.

Imam Ramli (Ulama' Mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj :
"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suaminya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi (Jilid 2 ms 25)
Menurut ulama', seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.
SEBAB PENGHARAMAN

Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut:

SEBAB PERTAMA : PENGUBAHAN

Rasulullah saw bersabda :
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)

Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut :
“Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"

Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan.

SEBAB KEDUA: PENIPUAN

Muawiyah berkata :
"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)


Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.

Kesimpulan :


Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda:
"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." (Hr Abu daud - hasan sahih)

Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan.


Apa yang jelas di fikiran saya sekarang ini adalah pendapat yang kedua berdasarkan tulisan yang telah saya highlightkan.. Apakah ianya benar?

Sekian sahaja buat masa ni. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Wassalam.
Jawapannya

Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi
adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Berpakaian atau bertudung sepertimana menurut Islam telah saya siapkan dalam bentuk artikel saya yang lepas. 



p:s/kepada pembaca yang nak terbang ke page UZTAZ NOR AMIN boleh klik sini


yang benar,

ShareThis