As-salam Pertama sekali Fariz nak ucapkan terima kasih kpd tuan punya page yg punyai cerita nih...laman web nye tak ingat coz Fariz amik random mase tu...tapi takpelah ade ilmu kita kongsi...kepada kawan2 kamu digalakkan share bende2 ni nak copy pun takpe...Fariz jenis tak kisah...okey hayatilah cerita di bwah...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As-Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.
Yg menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas dibawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....
Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..silakanlah menjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt...
Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?
7 comments:
Sungguh hebat kuase ALLAH. Kita harus diseksa sebelum dapat memasuki syurga. Wallahhu alam bissawab.
MOHON SHARE ye (^_^)
This comment has been removed by the author.
subhanallah..sungguh tingginya kasih sayang Allah pada kita. alangkah bestnya kalo dapat mngerjakan haji dan umrah. semoga dimakbulkan oleh Allah.
sememangnya kita umat Nabi Muhammad S.A.W ini akan masuk juga ke syurga. tapi biarlah kita masuk syurga terus..itu yg lebih baik. InsyaAllah..bersama kita hindari maksiat. semoga iman sentiasa terpelihara.
mudah2han kawanku...amin...
subahanallah... beruntungnya org2 yang bertawaf ....
subhanaallah.....
Assalam...subhanaallah.Alhamdulillah...banyak kelebihan haji dan umrah rupanya...tak tau selama nie...nie yg bersemangat nak kerjakan setidak2nya umrah...bagus Fariz share entri nie...TQVM
Post a Comment