Follower Blog Remaja Elit

Wednesday, 30 March 2011

Duduk semeja dengan peminum arak






Soalan

Tugas saya banyak berurusan dengan orang ramai. Biasanya selepas tugasan, ada disediakan jamuan atau makan oleh pihak penganjur. Dalam satu majlis makan malam, saya duduk semeja dengan rakan bukan Islam dan mereka ditawarkan arak manakala air buah bagi yang beragama Islam.

Saya pernah terbaca orang Islam dilarang duduk semeja dengan orang yang minum arak. Bagaimana pula halnya dalam kes seperti saya? Saya rasa tidak sopan jika meminta ditukarkan ke meja lain.



Jawapan :

Dalam hal ini, saya suka membawakan enam golongan yang dilaknat Allah terhadap pengharaman arak iaitu pembuat, penjual, pembawa, pembeli, pelayan dan peminum.

Walaupun golongan yang duduk semeja dengan peminum arak tidak dilaknat, perbuatan itu tidak digalakkan kerana boleh menimbulkan fitnah.

Yang penting, tuan jangan sesekali menyentuh arak walau dipelawa atau diajak rakan semeja dan tidak perlu berpindah ke meja lain demi menjaga kemaslahatan bersama.


yang menyebarkan,


No comments:

ShareThis