Follower Blog Remaja Elit

Saturday 16 April 2011

Hukum memakai gelang kaki dan tangan berloceng

   




Soalan

Apakah hukumnya memakai dengan gelang kaki/tangan yang berloceng ?

Jawapan:

Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:
"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng"
Oleh yang demikian, elakkanlah dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan..


nak share boleh [^_^]

1 comment:

Inani said...

skang ni memang ramai yg pakai benda2 gini..^^..nasib baik sy tak suka pakai benda2 cenggitu

ShareThis