Pada ketika itu Iblis mendengar dan tahu bahawa Barshisha telah binasa di tangannya. Iblis telah datang ke tempat Barshisha beribadat dengan menyamar sebagai seorang Abid ( ahli ibadah ) dan memanggillnya. Barshisa : “Siapa engkau ? Dan apa tujuanmu datang kesini ?” Iblis berkata : ” Aku seorang Abid yang datang untuk menolongmu beribadat kepada Allah swt. Aku berbuat ibadat selama 3 hari berturut-turut tanpa tidur, tanpa makan dan minum.” Barshisha berasa pelik dan berkata : ” Aku beribadat selama dua ratus dua puluh tahun tanpa berdaya untuk meninggalkan tidur, makan dan minum. Apakah caranya supaya aku dapat bebuat seperti engkau?” Lalu iblis menjawab:” lakukanlah maksiat kepada Allah swt kemudian engkau bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun sehinggalah engkau menikmati kemanisan melakukan ketaatan .” Barshisha bertanya :” Apakah maksiat yang engkau cadangkan supaya aku lakukan ?’ Iblis menjawab :” Berzina atau membunuh orang.” Barshisha berkata :” Aku tidak sanggup melakukannya.” iblis berkata : ” Engkau minum arak supaya lebih mudah untuk melakukannya.
kemudiannya menjatuhkan hukuman sebat 80
Terima kasih kepada: http://mu2akk1r.wordpress.com/
Seronok dapat membaca,
2 comments:
hmmm.. orang yang rajin beramal cam beliau pon ley tertipu dengan syaitan apatah lagi kita.. nauzubillah..
hidup memang kene menentang syaitan....mudah2han kita terpelihara dari godaannya
Post a Comment