Follower Blog Remaja Elit

Sunday 6 March 2011

Pertempuran Pasir Panjang


sumber: Free wikipedia


Pertempuran Pasir Panjang adalah satu pertempuran semasa serangan Jepun ke atas Singapura semasa Perang Dunia II. Pertempuran ini menjulang nama Rejimen Askar Melayu menjadikannya satu pasukan tentera yang disegani di kalangan pasukan Tentera Komanwel.

Latar Belakang
 
Peta Menunjukkan Kawasan Pasir Panjang Dan Kent Ridge Di Mana Pertempuran Pasir Panjang Berlaku
 
Sebuah Kubu (Pillbox) Kesan Peninggalan Pertahanan Di Pasir Panjang
Pertempuran ini berlaku pada 13 Februari 1942 apabila pasukan Rejimen Askar Melayu ditugaskan untuk menghalang kemaraan pasukan elit Tentera Imperial Jepun menuju kawasan Pasir Panjang di Singapura. Pasukan Rejimen Askar Melayu memilih untuk mengadakan pertahanan di satu rabung dipanggil dengan nama Rabung Pasir Panjang (Pasir Panjang Ridge).
Sebelum itu, 13,000 orang askar elit Jepun telah melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Pasukan Tentera India danTentera British yang bertahan di sana tidak berupaya memberikan tentangan berkesan dan terpaksa berundur. Pasukan Jepun mara menghampiri kawasan pelabuhan dan pusat bandar Singapura. Pasukan Jepun ini diikuti oleh lain-lain unit tentera Jepun. Kesemuanya, hampir 36,000 orang askar Jepun melakukan serangan ke atas Singapura.
Pada hari Selasa, 10 Februari 1942, askar-askar Jepun dapat melepasi barisan pertahanan di Jurong. Pertempuran kecil-kecilan berlaku di kawasan yang dikawal oleh Kompeni “C” Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Anggota-anggota Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu (2 Melayu) berundur dari garisan pertahanan di Sungai Jurong. Briged Ke-44 India juga terpaksa berundur, sambil diserang askar Jepun. Pengunduran ini menyebabkan bahagian kanan garisan pertahanan 2 Melayu terdedah. 2 Melayu terpaksa berundur sama untuk mengekalkan keutuhan barisan pertahanan.
Pada hari Rabu, 11 Februari 1942, askar Jepun dengan bantuan kereta kebal mara menggunakan Jalan Jurong, Jalan Ulu Pandan Dan Jalan Reformatory (sekarang ini "Clementi Road"). Periuk api, kawat duri dan halangan lain digunakan untuk cuba menyekat kemaraan askar Jepun. Kubu-kubu kecil (pillbox) yang dipertahankan oleh askar-askar juga tidak dapat menyekat kemaraan askar Jepun.
Pada jam 8.00 malam, kedudukan Askar Melayu di sebelah barat Jalan Reformatory dibedil dengan bedilan artileri Jepun. Askar Melayu yang mengawal kawasan Pasir Panjang juga mula menerima serangan tinjauan oleh unit-unit peninjau askar Jepun.
Pada Khamis, 12 Februari 1942, Leftenan Jeneral A. E. Percival mengarahkan barisan pertahanan diketatkan dan meliputi Empangan Pierce dan Empangan MacRitchie. Pasukan Jepun memperbaharui serangan-serangan di merata-rata tempat di barisan hadapan dengan serangan kereta kebal dan bedilan artileri. Pasukan Askar Melayu bersama-sama Batalion Kedua Rejimen Loyals dan Briged Ke-44 India menentang dan menghentikan kemaraan askar-askar Jepun. Namun demikian, disebabkan oleh lain-lain unit Tentera Komanwel berundur, pasukan Askar Melayu juga terpaksa berundur untuk mengekalkan keutuhan barisan pertahanan.
Pasukan Askar Melayu yang menjadi sebahagian daripada formasi Briged Pertama Infantri Malaya ditugaskan bertahan di Pasir Panjang. Kedudukan ini penting kerana melindungi jalan menuju kawasan Alexandra Road, di mana terdapat sebuah hospital tentera, gudang peluru dan lain-lain kedudukan logistik.

Pertempuran
Pertempuran pertama di antara askar Jepun dan unit Rejimen Askar Melayu di Pasir Panjang berlaku pada jam 2.00 petang pada 13 Februari 1942. Divisyen ke-18 Tentera Imperial Jepun membuat serangan sepanjang jalan panjang menuju Pasir Panjang menggunakan Jalan Raja. Pasukan Jepun didahului oleh Rejimen Infantri ke-56 Tentera Jepun dengan diberikan bantuan artileri yang mencukupi oleh pihak pemerintah Jepun.
Pasukan itu bertembung dengan Kompeni “B” Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu. Pasukan Rejimen Askar Melayu itu diserang dengan hebat tanpa henti dan terpaksa berundur ke Pasir Panjang.
Pasukan Askar Melayu diserang hebat oleh pasukan Jepun yang dibantu oleh tembakan artileri dan bantuan kereta kebal. Kompeni “B” Batalion Pertama Askar Melayu terpaksa berundur ke kedudukan pertahanan kedua mereka. Tetapi pasukan Jepun yang menyerang berjaya menawan kedudukan Askar Melayu sebelum mereka sempat berundur sepenuhnya ke kedudukan pertahanan baru mereka. Berlaku pertarungan hebat melibatkan pertarungan menggunakan bayonet (hand to hand combat) di antara Askar Melayu dan askar-askar Jepun tersebut. Walaupun sebilangan daripada Askar Melayu dari Kompeni “B” 1 Melayu dapat menyelamatkan diri daripada pertarungan tersebut, ramai yang menjadi tawanan perang askar-askar Jepun. Keadaan ini memaksa Briged Infantri ke-44 India dan Briged Infantri Pertama Malaya berundur ke garisan pertahanan di Mount Echo (persimpangan Jalan Ayer Raja dan Jalan Depot) di Buena Vista.

Serangan Kedua
Pada 14 Februari, pasukan Jepun sekali lagi membuat serangan hebat ke atas kedudukan Askar Melayu. Kali ini serangan ke atas kedudukan yang dipertahan oleh Askar Melayu dimulakan pada jam 8.30 pagi, dan serangan Jepun sekali lagi dibantu oleh serangan mortar dan bedilan artileri. Tetapi serangan ini dan beberapa serangan selepasnya berjaya dipatahkan oleh Askar Melayu. Pertarungan jarak dekat termasuk pergelutan menggunakan bayonet berlaku di merata kedudukan yang dipertahankan oleh Askar Melayu. Kemalangan jiwa di kedua-dua pihak amat tinggi.
Pada jam 2.00 petang, satu serangan hebat dengan sokongan kereta kebal dibuat ke atas kedudukan Askar Melayu, dan kali ini pasukan Jepun berjaya menembusi barisan pertahanan di sebelah kiri, memaksakan pengunduran askar-askar yang bertahan di sana. Mereka berundur ke garisan pertahanan lain di persimpangan Jalan Ayer Raja dan Jalan Depoh melalui kilang batu bata dan parit besar ke Bukit Chermin. Disebabkan pasukan-pasukan di sebelah kiri dan kanan kedudukan mereka tidak dapat bertahan, Briged Infantri Pertama Malaya terpaksa bersama-sama berundur menduduki kedudukan pertahanan baru di Bukit Chandu.


TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!!!!!!!

No comments:

ShareThis