Follower Blog Remaja Elit

Tuesday, 29 March 2011

Nabi Musa a.s. Tampar Malaikat Maut



Sebuah kisah daripada hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa suatu ketika malaikat maut diutus kepada Musa a.s. untuk mengambil rohnya. Sebaik sahaja tiba, Nabi Musa a.s. terus menamparnya (sehingga terkeluar matanya).

Lalu malaikat maut pun kembali semula bertemu dengan Allah seraya berkata: "Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak menginginkan kematian". Allah pun mengembalikan mata malaikat maut seraya berfirman: "Kembalilah dan berkatalah kepada dia agar mletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan. Dari setiap helai rambut yang dapat dilitupi oleh tangannya, maka baginya (umur) satu tahun".

Malaikat maut kembali dan menerangkan kepada Nabi Musa. Baginda bertanya: "Wahai Rabb, setelah itu apa pula?" Allah berfirman: "Kemudian kematian". Nabi Musa berkata: Jikalau begitu aku mahukan kematian sekarang".

Nabi Musa pun meminta kepada Allah agar dibawa mendekati tanah suci, sejauh lemparan batu Kemudian Rasulullah memberitahu: "Jika aku berada di sana, tentu aku tunjukkan kuburnya berhampiran Bukit Pasir Merah". - (Sahih Muslim, No. 2372, Kitab Fadail, Bab keutamaan Nabi Musa a.s.)

Dalam kisah ini timbul dua persoalan. Pertama, adakah malaikat mempunyai wajah yang saama dengan manusia sehingga boleh ditampar hingga terkeluar biji mata? Kedua, perihal Nabi Musa yang dilihat semacam menafikan ajalnya tidak mahu mati.

Mengikut pengajian ilmu tauhid, malaikat merupakan makhluk yang tidak berjisim. Tidak sama seperti manusia. Namun, malaikat boleh menjelma menjadi manusia. Ini disebut oleh Allah dalam Al-Quran, Surah Maryam, ayat 16-19 bahawa malaikat pernah datang kepada Siti Maryam dalam bentuk manusia.

Nabi Musa sebenarnya tidak menafikan ajalnya. Malaikat maut diutskan untuk bertanya, bukan untuk mencabut nyawa. Yakni, malaikat kembali mengadu kepada Allah dengan berkata: "Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak mengingini kematian". Ini bermaksud, dia bertanya kepada Nabi Musa ada bersedia dengan kematian atau tidak.

----------------------------------------------------------------------------------------------
diambil dari solusi....

yang benar,


No comments:

ShareThis