Follower Blog Remaja Elit

Thursday 5 July 2012

Masalah pertindihan jadual belajar dengan waktu Solat Jumaat.



Soalan:


Anak saya belajar disalah sebuah universiti di London dalam bidang perubatan. Masalahnya setiap hari Jumaat beliau ada kelas pada jam 1 tgh hingga 4 ptg. Waktu solat jumaat masa ini ialah 12.50.Kalau pergi Jumaat beliau terpaksa meninggalkan kuliah dan akan menjejaskan pengajiannya.Tak pergi jumaat berdosa.


 
 Bagaimana keadaan beliau dalam hal ini.Pohon nasihat Dato jua.Jawapan yang awal adalah dihargai.
 
 Jawapan :
 
Solat Jumaat adalah wajib bagi setiap lelaki muslim. Tetapi sekiranya berlaku kemudaratan/keuzuran yang boleh menggugat nyawa, contohnya seperti di dalam penerangan doktor yang menjalankan tugas yang melibatkan nyawa orang lain (pesakit) maka di dalam keadaan ini, ia boleh ditinggalkan namun wajib bagi mereka menunaikan solat zohor.
 
 Cadangan :
 
Didalam hal ini, disyorkan bahawa pihak tuan hendaklah berbincang dengan pihak pengurusan universiti bagi membolehkan anak tuan dapat menunaikan solat Jumaat ini kerana ia merupakan satu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan sewenang-wenangnya.


Sumber: http://www.muftiselangor.gov.my


No comments:

ShareThis