Follower Blog Remaja Elit

Friday 25 November 2011

Senarai Negara Dengan Kekuatan Tentera Terbaik Dunia


Assalamualaikum....dan terima kasih kepada: http://beritasemasa.com
Terperanjat pun ada, tak sangka pun ada. Sebenarnya, saya ingin berkongsi sebuah laman web yang memaparkan senarai negara yang mempunyai  kekuatan ketenteraan terbaik di dunia. Statistik dan laporan yang dibuat ini berdasarkan “US Library of Congress, Central Intelligence Agency”. Mungkin anda boleh melihat sendiri laman yang saya maksudkan ini.
GlobalFirepower.com: World Military Strengh Ranking
military2 Senarai Negara Dengan Kekuatan Tentera Terbaik Dunia ??
Saya sebenarnya kurang pasti sebenarnya daripada segi apa yang dinilai mereka dalam menyediakan laporan seperti ini. Adakah ia penilaian kekuatan sistem kekuatan ketenteraan sesebuah negara daripada segi teknologi yang digunapakai dan senjata yang dimiliki. Erm……tidak mungkin sama sekali jika dilihat kedudukan Indonesia “mencanak” naik untuk senarai yang dikeluarkan ini.
Poland yang sering membekalkan senjata untuk ketenteraan Malaysia pun, menjunam ke bawah kedudukannya. Manakala ketenteraan Singapura yang dilihat mempunyai peralatan senjata moden dan maju tidak mendapat kedudukan yang baik.
P/S : Jikalau ia dilihat daripada kekuatan ketenteraan/gerila itu sendiri, mungkin saya setuju juga dengan senarai yang dikeluarkan ini. Teringat semasa Vietnam yang hanya dianggap picisan dalam dunia pertahanan negara dan juga tidak termasuk pun  senarai askar/gerila terbaik dunia, tapi masih mampu menghalau tentera Amerika dan Perancis.

No comments:

ShareThis