Soalan
Assalamualaikum, saya ingin meminta pendapat tentang implan kanta mata yg mempunyai unsur babi. Saya berkaca mata dan aktiviti riadah terjejas atas sebab2 kacamata & kelemahan pengelihatan dalam pemanduan kereta. Saya telah membuat periksaan mata dan bercadang membuat prosedur laser bagi kedua2 belah mata. Namun mata kanan saya tidak dapat diperbaiki kerana telah rosak dan hanya implan dapat membantu. Tetapi kanta implan itu mempunyai unsur drpd babi. Adakah ia harus atau haram dilakukan?
Jawapan
Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih atas soalan tersebut. Penggunaan imlan yang mengandungi unsur babi adalah sama sekali haram. Ini melihatkan keadaan di mana anda masih tidak berada dalam keadaan yang darurat sehingga boleh menyebabkan hilangnya nyawa. Banyak kaedah lain yang boleh digunakan seperti menggunakan kontak lens atau kaca mata yang boleh menghalang silau ketika pemanduan. Ada ubat titik mata di pasaran yang boleh digunakan bagi merekana masalah rabun yang dihadapi oleh anda. Wallahua'lam