Firman Allah S.W.T
Follower Blog Remaja Elit
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts
Friday, 21 December 2012
Sunday, 3 June 2012
Saturday, 26 May 2012
Friday, 25 May 2012
Thursday, 24 May 2012
Tuesday, 22 May 2012
Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus
Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...(Tekan Read More)
Sunday, 20 May 2012
Thursday, 17 May 2012
Wednesday, 11 April 2012
WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA
![]() |
| gambar hiasan |
Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Hadis Kedua Puluh
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki danperempuan - mempelajari ilmu agama.
lebih huraian di bawah ni
Monday, 14 November 2011
[Soal Jawab Ibadah] Isu Purdah Dan Hukum Memakainya
Oleh : Ustaz Muhammad Rashidi bin Abdul Wahab
Assalamualaikum Warahmatullah.
PENDAHULUAN
Sesungguhnya pemakaian purdah oleh para wanita Islam merupakan masalah khilafiyah iaitu sesuatu perkara yang menjadi perselisihan pendapat dan pertikaian di kalangan para ulama. Ulama berselisih pendapat tentang masalah ini sejak dahulu lagi dan perselisihan ini berterusan sehingga sekarang. Punca berlakunya perselisihan adalah kerana dalil-dalil yang berkaitan dengan masalah purdah ini tidak terdapat dalil-dalil yang putus dan jelas. Jadi para ulama menyatakan pendirian mereka berdasarkan pemahaman dan ijtihad masing-masing di dalam memahami nas-nas yang dikemukakan itu. Maka berlakulah di sana khilaf di kalangan para ulama di dalam menetapkan hukum memakai purdah terhadap wanita Islam. Perselisihan pendapat ini berpunca dari penafsiran ayat al-Quran al-Karim berikut:
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
(Surah al-Nur: Ayat 31).
PENGERTIAN PURDAH
Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.
ADAKAH PURDAH ITU WAJIB ATAU TIDAK?
Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang saya kemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya bentangkan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna. Saya tidak bercadang untuk meletakkan dalil-dalil yang digunapakai oleh mazhab-mazhab melainkan jika difikirkan perlu sahaja serta tidak saya nyatakan juga munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan ini.
Jumhur Ulama:Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.
Mazhab Hanafi:Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.
Mazhab Maliki:Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.
Mazhab Shafie:Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.
Mazhab Hanbali:Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.
Kesimpulan:
Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.
Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut mengenai aurat perempuan Islam samada aurat ketika solat ataupun di luar solat silalah meneliti dan merujuk kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab karangan Imam Nawawi. Pada saya, kitab ini adalah kitab paling baik di dalam membincangkan masalah fiqh kerana di sana dibentangkan pelbagai pandangan dan dalil-dalil secara teperinci dan jelas. Sebagai penuntut ilmu agama, kita hendaklah sentiasa melazimi pembacaan kitab-kitab karangan para ulama muktabar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang sesuatu perkara itu.
BAGAIMANAKAH MENGHADAPI KHILAF?
Perkara ini selalu saya ulangi pada setiap tulisan saya yang terdapat khilaf di antara para ulama. Namun masih ada segelintir golongan masih tidak berlapang dada atau menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka. Jadi di sini saya akan mengingatkan semula perkara ini agar kesatuan dan keharmonian umat Islam terus terjaga.
Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:
Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.
(Lihat kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).
Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelasnya ialah kita tidak boleh menafikan, membantah atau menuduh orang lain adalah tidak betul atau salah kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari ini terdapat segelintir golongan yang menyanggah dan menyalahi kaedah ini lantas menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah di antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia khususnya semenjak sekian lama.
KESIMPULAN
Isu purdah ini hanyalah perkara khilafiyyah dan agak mustahil ia boleh mencapai kata sepakat daripada para ulama Islam sepanjang zaman. Perselisihan ini boleh dileraikan jika kita masing-masing boleh bertolak-ansur dengan mengutamakan sifat saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Inilah yang di jelaskan oleh Islam kepada pengganutnya. Di dalam mengangani isu pemakaian purdah ini secara baik, di sini saya simpulkan bahawa mana-mana perempuan Islam yang hendak memakai purdah maka kita tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Bagi sesiapa yang memilih untuk tidak memakai purdah pula maka kita juga tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Kedua-dua pihak adalah betul. Apa yang terlebih penting adalah: Bagaimana dengan perempuan Islam yang tidak menutup aurat?
Wallahualam.
Sumber : Http://buluh.iluvislam.com
Bacaan Tambahan : Http://akhisalman.blogspot.com
Friday, 4 November 2011
Kisah islam di Australia
‘You don’t be worry. Muslim will come and take of you because muslim are always taking care of each other.
Assalamualaikum dan salam satu akidah semua sahabat-sahabat yg dirahmati Allah.....kali ni fariz nak kongsi cerita pasal kisah islam di Australia......rugi tak bace...actually ade sendikit sedih..jika anda perasan tentang kisah ni...ok..selamat membace....
Pada kurun ke 18, orang British telah menakluki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yang besar di sana. Untuk menyelesaikan masalah pengangkutan mereka telah membawa 120 ekor unta untuk digunakan mengangkut barang-barang di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta maka mereka telah membawa ramai orang-orang Islam dari benua India yang kebanyakannya berketurunan afghan. Di kalangan pekerja-pekerja ini terdapat sejumlah bilangan dari golongan ulama. Ulama-ulama ini telah membina 60 masjid dan 3 daripadanya yang berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya bila usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mereka ini tidak kenal Islam walaupun nama-nama mereka seperti nama-nama Islam.
8. Pada suatu masa jemaah yang bergerak telah dibawa untuk jumpa 3 wanita tua dari keturunan pekerja-pekerja tersebut, yang masing-masing berumur lebih 85 tahun. Ternyata mereka tak tahu apa-apa mengenai amalan Islam kecuali kalimah Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah. Bila mereka nampak jemaah memegang tasbih ditangan, mereka mengatakan bapa-bapa mereka dahulu memegang tasbih seperti kamu. Jemaah telah menghadiahkan kepada mereka tasbih tersebut dan mereka rasa sungguh gembira.
9. Laporan satu jemaah lagi yang buat usaha di Thursday Island. Di sana, 90% penduduknya adalah dari keturunan Islam. Teatapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Bila wanita tua ini terlihat saja kepada jemaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, berserban), maka dia telah menjerit dengan mangatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’ Dia telah keluarkan satu beg dari bawah katil dan tunjuk kepada jemaah peninggalan arwah bapanya berupa sejadah dan beberapa kitab selawat. Perempuan tua itu bercerita semasa umurnya 10 tahun, bapanya telah meninggal dunia. Sebelum itu dia sempat berwasiat, ‘You don’t be worry. Muslim will come and take of you because muslim are always taking care of each other.’ Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’
Wednesday, 2 November 2011
Pohon Neraka Jahanam
| Gambar Hiasan |
Rasulullah Shallahu’alaihi wa Sallam bersabda,”Seandainya setitik dari zaqqum diteteskan di dunia niscaya akan menghancurkan kehidupan semua penghuninya. Lalu bagaimana dengan keadaan orang yang menjadikan zaqqum sebagai makanannya?”
Takhrij Hadist
Hadist tersebut dikeluarkan oleh Al Imam At-Tirmidzi di dalam kitab Sifati Jahannam, bab Jaa’a fii shifati Syaraabi Ahlin Nar No. 2585, dari hadist Ibnu Abbas radlhiyallahu’anhu dengan lafaz,” Sesungguhnya Nabi Shallahu’alaihi wa Sallam membaca ayat ini,’Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan bersera diri kepada Allah”. (Ali Imran:102)
Lalu beliau bersabda,”Seandainya setitik dari zaqqum diteteskan di dunia niscaya akan menghancurkan kehidupan semua penghuninya. Lalu bagaimana dengan keadaan orang yang menjadikan zaqqum sebagai makanannya ?”
Dan dia (At-Tirmidzi-red) mengatakan di ujung hadist, “Bahwa ini adalah hadist hasan shahih”.
Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnu Majjah dalam sunannya, kitab Az-Zuhud, bab Shifat An Nar, 8/4325.
Imam Ahmad mengeluarkan hadist ini di dalam musnadnya.
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani menshahihkan hadist ini di dalam kitabnya, Shahih Jami’ Shaghir, no 5250 dari hadist Ibnu Abbas radlhiyallahu’anhu.
Fiqh Hadist
Banyak sekali motivasi yang dapat membawa manusia untuk melakukan kebaikan dan keutamaan antara seorang manusia dengan manusia lain.
Sebagian manusia ada yang memberi motivasi karena mencintai kebaikan dan keutamaan. Sebagian yang lain ada yang memberi motivasi karena senang pahala dan keutamaan yang didapat. Sebagiannya ada yang memberi motivasi karena takut siksa dan sakit, begitu seterusnya.
Semakin kuat motivasi seseorang, makin giat dia dalam berbuat kebajikan dan menghiasi dirinya dengan keutamaan, pun dengan sebaliknya.
Hadist yang ada di hadapan kita ini, secara tidak langsung mengajak golongan manusia yang tidak melakukan kebajikan melainkan hanya karena takut akan siksa Allah Subhanahu wa ta’ala, mengajak mereka dengan menjalankan kebaikan dan mensucikan diri dari hal-hal yang dapat merusak sebelum zaqqum menjadi makanannya kelak di hari kiamat. Di mana, salah satu gambaran dari zaqqum ini adalah apabila diteteskan di dunia akan merusak kehidupan menusia dan hijaunya tanaman di muka bumi.
Karakteristik Zaqqum
Beberapa nash Al-qur’an menerangkan tentang sifat-sifat Zaqqum.
Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman,”(Makanan surga) itulah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum. Sesungguhnya kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai siksaan bagi orang-orang yang dzalim. Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka jahim. Mayangnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu, maka mereka memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. Kemudian sesudah makan buah pohon zaqqum itu pasti mereka mendapat minuman yang bercampur dengan air yang sangat panas. Kemudian sesungguhnya tempat kembali mereka benar-benar ke neraka jahim”.(As Shaffat:62 – 68 )
Dalam firman yang lain dikatakan,
“Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. (Ia) sebagai kotoran minyak yang mendidik di dalam perut, seperti mendidihnya air yang sangat panas”.(Ad Dukhaan:43-46)
Allah Subhanahu wa ta’ala juga melansirnya di dalam firman-Nya,
“Kemudian sesungguhnya kamu hai orang yang sesat lagi mendustakan, benar-benar akan memakan pohon zaqqum, dan akan memenuhi perutmu dengannya. Sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas. Maka kamu minum seperti unta yang sangat haus minum. Itulah hidangan untuk mereka pada hari pembalasan”.(Al-Waqiah:51-56)
Tafsir seputar Azzaqum
Berdasarkan ayat-ayat tersebut, para pakar tafsir menerangkan bahwa Az Zaqqum adalah sebuah pohon yang tumbuh di dasar neraka Saqar atau dasar neraka Jahannam. Dan neraka Jahannam telah dinyalakan hingga mendidih seperti kotoran minyak. Para penghuninya sangat rakus dalam memakannya sehingga memenuhi perutnya sebagaimana air panas yang mendidih, air yang memiliki temperatur paling tinggi.
Kemudian setelah mereka makan lalu minum air yang sangat panas seperti unta yang kehausan, minum tidak ada henti hingga mati.
Faidah Hadist
1. hadist tersebut menunjukkan beberapa sangat pentingnya berpegang dengan manhaj Allah Subhanahu wa ta’ala, supaya manusia menjalankan ketaatan-ketaatan dan melepaskan diri dari bentuk maksiat dan keburukan sebelum datangnya satu hari yang tiada lagi berguna jual beli dan sebelum pohon zaqqum menjadi santapan yang memasuki mulutnya serta air yang sangat panas menjadi pelepas dahaganya. Sangat buruk siksa di dalam neraka yang mana belum pernah sebelumnya dilihat oleh mata, didengar telinga, dan juga belum pernah terbetik dalam hati manusia.
2. Hiburan bagi para penegak kebenaran, meski mereka mendapatkan cobaan dari pendukung kebatilan, berupa cercaan, hinaan, dan pengucilan. Mereka tidak akan memperoleh siksa yang begitu pedih sepeti yang akan menimpa orang-orang yang banyak berbuat dosa di hari kiamat kelak.
3. Tidak meninggalkan hukuman dalam pendidikan. Sebab, biasanya manusia tidak akan menjalankan kebaikan dan meninggalkan diri dari berhias dengan keutamaan kecuali setelah ditakut-takuti.
Allahu A’lam bish shawab
Monday, 31 October 2011
Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]
Sunday, 30 October 2011
Facebook Bukan Tuhan...!
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM

biasa x tengok status cmni?hehe
berdoalah selalu...:)


Assalamua'laikum...
faham tak dengan tajuk di atas tu?mesti la faham kan..sebab saya pasti,sahabat-sahabat yang baca ni semua bijak-bijak belaka..insyaALLAH... (^_^) Zaman sekarang ni..semua orang ada facebook...hatta orang yang da tua pun ada juga..maaf kalau bahasa saya terkasar ya..bukan pasal tu saya nak terangkan...
Sedar tak, menjadi kebiasaan facebooker2 skrg,meluahkan perasaan di facebook ni.Saya pun dulu pernah buat juga..hehe..setiap saat apa yang terjadi, apa yang kita rasa kita nak post dalam facebook kan?, macam sesi mencurah perasaan bertubi-tubi.setiap 1 minit naik status baru..
''Facebook bukan Tuhan untuk kita luahkan segala-segalanya kepadanya. bila kita sudah tiada rahsia akan apa yang ada dalam hati, nescaya manisnya berkongsi rasa dengan Ilahi itu akan berkurangan nanti. ''~Hilal Asyraf~
sedar tak apa yang kita buat dengan facebook kita?kita seolah-olah menjadikan laman sosial tersebut sebagai tempat untuk kita meluah perasaan dan report pasal aktiviti harian kita. lupakah kita kepada siapa kita seharusnya mengadu? dimana letaknya ALLAH dalam hati kita?jika setiap perkara kita laporkan kepada facebook.
biasa x tengok status cmni?hehemohon dan mengadulah kepada DIA yang satu. mengapa perlu kita meluahkan perasaan di laman-laman sosial?apa manfaat yang kita dapat, selain daripada komen-komen rasa simpati yan g diluahkan oleh kawan-kawan alam maya kita. mohonlah kepada ALLAH, nesacaya kita tidak akan kecewa.
Jangan kita anggap mudah kuasa doa dan jangan sekali-kali kita mengabaikan doa, kerana itu ibarat kita bertindak sombong dengan Allah. keadaannya seperti kita tidak memerlukan Allah dalam hidup kita. nauzubillah!apa yang akan berlaku jika Allah meniggalkan kita?
berdoalah selalu...:)Sabda Rasulullah S.A.W:
“Barangsiapa yang tidak meminta kepada Allah, maka Allah akan memurkainya”
(H.R. at-Tirmidzi, dimuat di dalam Sunan at-Tirmidzi)
“orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan berdoa dan orang yang paling bakhil adalah orang yang bakhil terhadap salam” (H.R. al-Haitsami, Thabrani, dan dishahihkan oleh al-Albani dalam kitab as-Silsilah ash-shahihah).
firman Allah SWT dalam al-Quranul kareem:
“Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.” (al-Faatihah: 5)
“Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan),maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal. (‘Ali Imran: 160)
adakah kita tidak yakin dengan janji2 ALLAH dan sabda Rasulullah?sehingga kita lebih memilih untuk meluahkan segalanya pada facebook kita?
kalau kita ada masalah, yakinlah dengan pertolongan Allah. jangan mudah berputus-asa mengaharapkan rahmat Allah, apatah lagi patah semangat. sebab dalam al-Quran mengajar kita banyak hal, termasuklah supaya kita sentiasa bersikap optimis!jangan sampai kita bersangka buruk dengan Allah sekiranya DIA belum memakbulkan doa kita. Ingat!! pengabulan doa tu terserah pada Allah, tugas kita hanya memohon.
cuba kita imbas balik kisah Nabi Musa A.S. Nabi Musa itu selalu berdoa kepada Allah agar Bani Israil keluar dari penindasan Fir’aun dan kekuasaan Fir’aun itu hancur. Tetapi, tahukah kita? Bahwa doa Nabi Musa itu baru dikabulkan Allah setelah 40 tahun lamanya, dan selama 40 tahun itu pula Nabi Musa tidak pernah berhenti berdoa, atau berputus asa.Bahkan Nabi Musa terus yakin dan optimis terhadap doanya itu dan berbaik sangka kepada Allah.
Sabda Rasulullah(pbuh) :
“Doa salah seorang daripada kamu akan diperkenankan oleh Allah asalkan saja seseorang itu tidak terburu-buru lalu ia mengatakan: Aku telah berdoa, tetapi doaku belum diperkenankan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
"Doa seorang hamba akan selalu dikabulkan selagi tidak memohon sesuatu yang berdosa, atau pemutusan kerabat, atau tidak tergesa-gesa." Para sahabat bertanya, "apa yang dimaksud dengan tergesa-gesa?" Beliau menjawab, "dia berkata. 'saya sudah berdoa berkali-kali tidak dikabulkan.' Kemudian dia merasa menyesal dan meninggalkan doa," (H.R. Muslim)
jadi apa gunanya kita emo di facebook?baik kita buat sesi curahan perasaan di hadapan Allah SWT. Letaklah Allah dihati kita, bukan facebook!! situasi kita, bangun pagi bukan bergegas tunaikan solat subuh tapi bukak laptop online facebook. satu lagi, kita rela berjaga malam online facebook, tapi tak sanggup bangun malam untuk bertahajjud. tak salah nak berfacebook, tapi berpada-padalah dan gunakanlah untuk kebaikan. kurangkan apa yang sepatutnya tidak dikongsi! banyakkan berkongsi dengan Allah SWT, bukankah itu lebih manis?;) teguran untuk diri saya terutamanya....moga bermanfaat,insyaALLAH... :) maaf,saya bukan nak menyindir sesiapa...saya cuma hanya saling ingat-mengingati...Trima kasih sebab sudi baca..!assalamua'laikum...

Saturday, 29 October 2011
Wahai Seorang Wanita Dunia
Mengapa kau hanya menunduk sahaja,
Wahai seorang wanita dunia,
Kau begitu menjaga pandanganmu dari segala lelaki dunia,
Dari segala pengaruhnya kenikmatan dunia,
Membuat...
Wajahmu begitu sangat meneduhkan,
Walau hanya bersolek sederhana,
Ibarat bidadari turun dari langit,
Yang wajahnya memancarkan ketenangan dalam hati,
Memenuhi perasaan dan segala jiwa,
Itulah mengapa mata ini pun tidak sanggup,
Menatap untuk kedua kalinya pada wajahmu,
Mata ini hanya boleh menunduk pasrah,
Menahan serangan asmara.
Wahai seorang wanita dunia,
Pakaianmu begitu rapi Islami,
Menutupi longgar seluruh tubuhmu,
Membuat anggunnya dirimu,
Diri ini pun tidak boleh lama mendekatimu,
Diri ini bergetar, gelisah, dan khuwatir,
Kerana diri ini pun terlalu hina untuk dekat denganmu,
Dengan kesempurnaan terjaganya dirimu.
Wahai seorang wanita dunia,
Suaramu menggambarkan bijaksananya dirimu,
Sehingga aku tidak sanggup mendengar suaramu,
Suaramu yang kau lafaz dengan mendayunya dirimu,
Pada semua orang di sekelilingmu,
Membuat aku begitu cemburunya padamu,
Kerana bagiku suaramu,
Hanyalah untuk sesuatu yang mahal,
Iaitu sebuah kebijaksanaan dan kebermanfaatan,
Menghilangkan duka pada fikiran semua orang.
Wahai seorang wanita dunia,
Tingkahmu begitu santunnya segala kesopanan,
Memenuhi segala akhlakmu dalam kemuliaan,
Membuat dirimu yang penuh kelembutan,
Tetapi memancarkan segala bentuk kewibawaan,
Membuat sikap ini pada dirimu begitu segan,
Malu dan begitu enggan,
Kerana tingkahku masih banyak kesalahan.
Wahai seorang wanita dunia,
Cinta di hatimu sangatlah suci,
Kerana cinta di hatimu hanyalah kerana Ilahi,
Membuat hati ini hanya bisa berharap dan berdoa,
Mampu engkau cintai kerana-Nya,
Dan menjadi pendamping serta imammu dalam meniti jalan-Nya,
Hingga Syurga-Nya,
Maka akan aku jaga cinta ini hingga tiba saatnya,
Sambil selalu memperbaiki diriku dalam kemulian-Nya,
Kerana semua sudah termaktub dalam firman-Nya,
Bahawa wanita yang baik hanya untuk seorang lelaki yang baik adanya.
Wahai seorang wanita dunia,
Aku mohon jagalah dirimu,
Itulah mengapa kau dipandang berbeza,
Kerana kau sangat berharga.
Wahai seorang wanita dunia,
Yang membuat iri bidadari semuanya,
Walau seorang wanita dunia,
Engkaulah sang ratu bidadari Syurga.
Subscribe to:
Posts (Atom)

